22Oktober2017

Pokok mengenang tragedi MH17 ditahan berhampiran lokasi

Ahli-ahli keluarga penumpang Belanda pesawat MH17 yang terbunuh di Ukraine pada 2014 menanam pokok pertama di taman peringatan, tidak jauh dari tempat pesawat malang itu berlepas.

“Hari ini adalah hari yang sangat penting untuk semua keluarga terdekat. Kami menanam pokok pertama … untuk mewujudkan suatu tanda peringatan MH17,” kata Evert van Zijtveld, Pengerusi yayasan untuk mangs-mangsa MH17.

van Zijtveld berkata, mereka akan menanam pokok untuk memastikan memori itu tidak dilupai dan mengingatkan bahawa keluarga-keluarga mangsa masih mahukan keadilan.

Beliau kehilangan anak lelaki dan anak perempuan serta ibu bapa mertua dalam tragedi itu.

Pesawat Malaysia Airlines, Boeing 777 itu ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai 2014 ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Kesemua 298 orang penumpang yang majoriti warga Belanda terbunuh.

“Sebanyak 298 pokok yang ditanam akan memperingatkan kami kepada setiap nyawa dalam kejadian 17 Julai itu,” kata Menteri Luar Belanda, Bert Koenders yang turut menyertai acara itu.

Taman tersebut yang diwujudkan dalam bentuk reben gergasi yang terdiri daripada pokok epal, ash dan hawthorn, terletak beberapa kilometer dari lapangan terbang Schiphol, lokasi MH17 berlepas pada hari kejadian.-19/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 974  tetamu dalam talian