26Julai2017

Penutup enjin MH370 dijumpai di Seychelles...?

Pihak berkuasa Seychelles melaporkan penemuan dua serpihan daripada enjin yang dipercayai milik pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 yang hilang pada tahun 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Seychelles (SCAA) dalam satu menyataan berkata, saintis yang menjalankan penyelidikan mengenai burung dan penyu menemui serpihan berkenaan terdampar di Farqhar.
 
Menurutnya, perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia yang menyatakan minat untuk bekerjasama.
 
“Arah arus laut menunjukkan kemungkinan serpihan itu berasal dari lokasi lain yang dilaporkan turut menemui kepingan pesawat berkenaan di beberapa negara Lautan Hindi,” kata pegawai kanan SCAA yang enggan dikenali.
 
Sementara itu Jurucakap Agensi Pentadbir Kepulauan Seychelles, Michael Payet mengesahkan, serpihan terbesar daripada kedua-dua objek itu adalah sepanjang 120 sentimeter dan 30 sentimeter lebar, dipercayai diperbuat daripada aluminium dan gentian karbon.
 
“Ia mungkin sebahagian daripada penutup enjin,” jelasnya.-14/7/2017

loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 649  tetamu dalam talian