23Oktober2017

Pencarian MH370: Australia angkat 'bendera putih'...

Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) menyuarakan kekesalan yang amat mendalam kerana tidak dapat mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan kru.

“Kami berkongsi kesedihan anda yang mendalam dan berpanjangan, serta teramat kesal kerana kami tidak dapat mengesan  pesawat itu, mahu pun 239 jiwa yang masih hilang,” kata ATSB, yang mengetuai misi pencarian itu, dalam laporan akhir 440 halaman yang dikeluarkan pada Selasa.

Menurutnya sebab kehilangan pesawat komersial Malaysia itu tidak dapat ditentukan dengan pasti sehinggalah pesawat Boeing 777 itu dijumpai.

“Kehilangan ini hampir tidak dapat difahami dan semestinyalah tidak wajar dalam era penerbangan moden dengan 10 juta penumpang menaiki pesawat komersial setiap hari, bagi sebuah pesawat komersial yang begitu besar untuk hilang dan dunia pula tidak tahu secara pasti apa yang telah berlaku kepada pesawat itu dan mereka yang menaikinya,” menurut laporan itu.

MH370 hilang pada 8 Mac 2014 semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, mencetuskan pada awalnya misi pencarian di kawasan permukaan yang luas dan kemudiannya diteruskan dengan pencarian di dasar lautan di kawasan terpencil selatan Lautan Hindi yang berakhir pada Januari tahun ini.

Dilaporkan bahawa operasi  pencarian membabitkan kos US$200 juta dan dibiayai tiga negara  - Malaysia, Australia dan China -  digantung secara rasmi pada Januari tahun ini setelah Boeing 777 itu gagal dikesan selepas operasi itu diadakan meliputi kawasan lautan seluas 120,000 km persegi.

Laporan ATSB itu menyatakan pemahaman tentang lokasi MH370 yang mungkin dapat dikesan kini adalah lebih baik daripada sebelumnya.

“Pencarian di dasar laut telah menyingkirkan sebahagian  besar daripada kawasan dengan kebarangkalian tinggi berikutan penghasilan semula laluan penerbangan pesawat dan kajian terhadap serpihan yang dihanyutkan sejak 12 bulan lepas telah mengenal pasti kawasan berkemungkinan besar dengan ketepatan yang semakin meningkat,” jelas laporan itu.

ATSB berkata serpihan daripada MH370 yang dijumpai di pantai beberapa pulau di Lautan Hindi dan pinggir pantai timur Afrika pada 2015 dan 2016 menghasilkan gambaran baharu yang ketara tentang bagaimana dan di mana penerbangan pesawat itu berakhir.

“Telah dipastikan daripada serpihan itu bahawa pesawat terbabit tidak disusun atur untuk didaratkan di akhir penerbangan,” menurut laporan itu.

Menerusi penelitian serpihan pesawat yang hanyut dan menggabungkan keputusan itu dengan analisis data komunikasi satelit dan dapatan daripada pencarian di permukaan serta dasar laut, satu kawasan khusus di Lautan Hindi dikenal pasti sebagai berkemungkinan besar penerbangan pesawat itu berakhir, jelas laporan itu.-4/10/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 702  tetamu dalam talian