19Jun2018

Misi jejak MH370 sudah liputi 8,200 km

Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sudah meliputi kawasan seluas 8,200 km persegi namun belum menemui apa-apa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
“Misi pencarian semakin rancak dan ia berjalan dengan baik,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan pencarian MH370 oleh syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited.
 
Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.
 
Operasi pencarian MH370 oleh Ocean Infinity berdasarkan terma “no cure no fee” iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemukan dalam tempoh masa 90 hari.
 
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini, Liow berkata 2 pegawai Malaysia dihantar menyertai misi pencarian tersebut dan seorang lagi pegawai pula akan dihantar minggu depan.
 
“Kami yakin pencarian akan dapat menemukan pesawat hilang itu,” katanya.
 
Sementara itu, Liow yang juga presiden MCA berkata parti itu berdepan pelbagai cabaran menjelang pilihan raya umum ke-14 termasuk serangan dalaman dan luar terhadap parti itu.
 
“Namun pendirian MCA tegas iaitu terus mempertahankan keharmonian negara dan kepentingan masyarakat Cina,” katanya.-2/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 555  tetamu dalam talian