18Februari2018

MH370: Kapal Seabed Constructor tiba di kawasan pencarian

Seabed Constructor, kapal canggih yang ditugaskan untuk menjalankan misi menjejaki pesawat Malaysia Airlines MH370, telah tiba di kawasan pencarian di selatan Lautan Hindi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) merangkap Ketua Pasukan Bertindak MH370 Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata kapal itu telah memulakan operasi pencarian menggunakan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) pertama yang dilancarkan pada jam 0055 waktu tempatan (0255 waktu Malaysia) pada 22 Jan dan seterusnya menggunakan AUV berikutnya.

Kerajaan Malaysia menggunakan khidmat syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, bagi misi pencarian MH370. Ocean Infinity menyewa kapal penyelidikan Norway, Seabed Constructor bagi misi pencarian tersebut.

Penerbangan MH370 bersama 239 orang hilang dari skrin radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan MH270 disifatkan sebagai antara yang paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan di dunia.

"Operasi pencarian untuk menjejaki MH370 oleh Ocean Infinity adalah berdasarkan terma 'no cure no fee' iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemukan dalam tempoh masa 90 hari," kata Azharuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Azharuddin berkata misi itu melibatkan sejumlah 65 kru atas kapal itu termasuk dua anggota dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sebagai wakil kerajaan Malaysia.

"Pasukan itu akan memaklumkan kepada keluarga mangsa MH370 mengenai perkembangan terkini melalui mesej teks dan e-mel serta maklumat terkini elalui laman web rasmi MH370 di http://mh370.gov.my/index.php/en/ apabila maklumat baharu diperoleh," kata beliau.-24/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 743  tetamu dalam talian