26Jun2017

MH17: Gambar senjata BUK 332 didedahkan

Sebuah kumpulan penyiasat bebas mendedahkan beberapa keping gambar seorang jurutera tentera Rusia bergambar dengan sistem pelancar peluru berpandu BUK yang dipercayai digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di timur Ukraine kira-kira tiga tahun lalu.

Portal Mail Online melaporkan, gambar itu dipercayai diambil pada awal tahun 2013 oleh seorang mekanik Rusia yang bergambar bersama sistem senjata pertahanan BUK 332 tersebut.

Gambar yang disiarkan menerusi portal oleh kumpulan penyiasat Bellingcat, menunjukkan senjata itu merupakan sebahagian Brigade Peluru Berpantu Anti Pesawat ke-53 Rusia.

Jelas Bellingcat, gambar BUK 332 itu boleh dikaitkan dengan kawasan simpanan senjata berkenaan yang juga menunjukkan sebuah kotak penyimpan peluru berpandu Krug berwarna merah jambu yang pernah dilihat pada Ogos 2014.

Gambar itu dipercayai diambil di sebuah kawasan di Marshala Zhukova, dekat Kursk, Rusia.

Beberapa foto berasingan menunjukkan mekanik itu berdiri di depan sebuah kenderaan tentera lain dan pelancar misil S-300 9A85 yang diambil pada 2013.

Imej itu tersebar sejak beberapa bulan lalu selepas penyiasat antarabangsa berkata, roket yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat MH17 di timur Ukraine, dilancarkan dari kawasan pemberontak pro-Moscow dan sistem pertahanan terbabit dialihkan ke Rusia.

Senjata itu dilancarkan di kawasan kampung Pervomaysk pada 17 Julai 2014, menyebabkan pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dan mengorbankan 298 penumpang serta anak kapal.

Ukraine menuduh Rusia terlibat dalam tragedi itu tetapi Moscow menafikan dakwaan berkenaan serta menyifatkan siasatan pihak antarabangsa berat sebelah dan bermotifkan politik.

Siasatan itu dilaksanakan bersama oleh kerajaan Belanda, Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine.-6/6/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 740  tetamu dalam talian