16November2018

Masalah teknikal: MH122 dilencongkan ke Alice Springs

Penerbangan MH122 Malaysia Airlines dari Sydney ke Kuala Lumpur dilencongkan ke Lapangan Terbang Alice Springs, Wilayah Utara Australia hari ini selepas menghadapi masalah teknikal pada satu daripada enjinnya.

Malaysia Airlines Bhd (MAB) dalam satu kenyataan malam ini berkata pesawat A330-300 itu berlepas dari Sydney pada pukul 1.06 tengah hari dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Alice Springs pada pukul 5.48 petang.

"Keselamatan tidak pernah dikompromi dan kapten yang bertugas mengambil keputusan untuk melencongkan penerbangan itu bagi mendapat bantuan teknikal,"katanya.

Menurut kenyataan itu penumpang berkenaan akan berlepas dari Alice Springs ke Kuala Lumpur menerusi penerbangan MH148 esok (19 Jan).

"Penerbangan itu dijadualkan berlepas dari Alice Springs pada pukul 5.45 petang dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada pukul 9.50 malam pada hari yang sama."

MAB juga berkata syarikat itu berusaha untuk membantu penumpang yang mempunyai penerbangan seterusnya, dengan mendapatkan penerbangan yang ada untuk ke destinasi mereka.

Sementara itu Pengurus Komunikasi Korporat MAB, Adlina Azharuddin ketika dihubungi Bernama berkata kesemua penumpang selamat dan tiada kecederaan dilaporkan, malah kesemua penumpang sudah diberikan penginapan hotel, makanan dan pengangkutan.-19/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 471  tetamu dalam talian