20Ogos2017

MAS perlu serah dokumen berkaitan MH370 kepada waris

Mahkamah Rayuan mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Malaysian Airline System Bhd (MAS) untuk menyediakan dokumen berkaitan penerbangan MH370 kepada 76 waris penumpang pesawat berkenaan.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak rayuan MAS untuk mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi pada 8 Sept tahun lepas.

“Kami dapati tiada sebab mendesak atau substantif untuk mengganggu perintah Mahkamah Tinggi yang dibuat berdasarkan pertimbangan,” katanya.

Beliau berkata tiada kekhilafan oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam membuat keputusan mengikut pertimbangannya.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Abdul Rahman Sebli dan  Zaleha Yusof, memerintahkan MAS supaya membayar kos RM10,000.

Waris 32 penumpang memohon untuk mendapatkan 37 dokumen, termasuk komunikasi, koresponden, dokumen dan bahan lain, nota, memorandum, dokumen dalaman dan laporan penyiasat, yang mempunyai kaitan dengan penerbangan MH370.

Anggota keluarga terdiri daripada 66 warga China, lapan warga India dan dua warga Amerika Syarikat, mengambil tindakan undang-undang terhadap MAS, Malaysian Airlines Berhad (MAB), Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan kerajaan, kerana didakwa cuai dan melanggari tugas.

Mereka memohon ganti rugi khas, ganti rugi am, kos perkabungan dan kos lain.

Penerbangan Kuala Lumpur-Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal diisytiharkan hilang selepas lenyap daripada paparan radar pada 8 Mac 2014.

Peguam Saranjit Singh mewakili MAS manakala peguam Tommy Thomas mewakili anggota keluarga penumpang.

Peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A. Dadi mewakili DCA, TUDM dan kerajaan.-28/2/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 609  tetamu dalam talian