26April2018

Laporan penemuan MH370 tidak berasas

Pasukan Respons MH370 berkata laporan penemuan pesawat MH370 bertajuk 'MH370 found on Google Earth' yang tersebar luas baru-baru ini adalah tidak berasas.

Ketuanya, Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pihaknya atau pun laman sesawang MH370 mereka untuk pengesahan, laporan serta bertia berkaitan dengan kehilangan pesawat itu.

Pasukan itu, katanya, sentiasa dibimbing oleh pandangan, pendapat dan pengesahan daripada kumpulan pakar di Australia.

"Oleh itu, Pasukan Respons MH370 ingin menyatakan bahawa laporan tersebut adalah tidak berasas," katanya yang juga pengerusi Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), dalam kenyataan.

"Kami berpendapat laporan seperti itu tidak beretika dan perasaan keluarga serta orang tersayang dalam penerbangan MH370 itu perlu dihormati," katanya.

Sebuah portal berita antarabangsa melaporkan jurutera mekanikal, Peter McMahon, yang berpengalaman lebih 25 tahun dalam siasatan insiden nahas penerbangan, mendakwa kawasan pencarian MH370 terletak kira-kira 16 kilometer selatan Round Island, berhampiran sebuah pulau kecil utara Mauritius.

Beliau mendakwa penelitian berdasarkan imej NASA dan Google Earth itu dilakukan sejak pesawat Boeing 777 yang membawa 239 penumpang dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014 dilaporkan hilang.

Setakat ini, usaha untuk mengesan bangkai pesawat itu belum berhasil.-20/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 768  tetamu dalam talian