15Disember2017

Laporan akhir MH370 sedang disediakan

Laporan akhir yang menyeluruh dan terperinci mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi sedang disediakan, demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu Selasa.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata ini seiring dengan Konvensyen Chicago yang memperuntukkan satu laporan akhir nahas udara dikeluarkan dalam tempoh setahun daripada tarikh pengumuman penggantungan operasi pencarian.

“Seterusnya laporan yang terperinci itu akan dikemukakan dengan syor-syor penambahbaikan keselamatan industri penerbangan awam di negara kepada pihak-pihak yang berkepentingan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2018 peringkat jawatankuasa bagi kementeriannya di Kuala Lumpur.

Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing dilaporkan hilang daripada radar tidak lama setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Pesawat itu yang membawa 239 orang dikesan kali terakhir oleh satelit di ruang udara Lautan Hindi dan operasi mencari dilancarkan secara besar-besaran melibatkan pelbagai negara.

Pada Januari lalu, operasi pencariannya digantung selepas gagal menemukan sebarang petunjuk.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata kerajaan meluluskan pembelian sembilan unit baharu tren elektrik pada 2016 dengan tumpuan kepada keselesaan penumpang mengikut piawaian antarabangsa.

“Di samping itu, terdapat koc kelas bisnes yang akan diperkenalkan pada penghujung tahun 2018.  Daripada enam koc, satu koc yang mempunyai 36 tempat duduk akan dinaik taraf sebagai kelas bisnes,” katanya.-22/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 864  tetamu dalam talian