22Februari2018

Kapal cari MH370 'hilang'tiga hari

Seabed Constructor, kapal pencarian pesawat MH370, hilang daripada radar selama 80 jam tanpa penjelasan.

Sistem Identifikasi Automatik (AIS) kapal itu dilaporkan ditutup pada 31 Januari lalu.

Menurut laporan akhbar Britain, The Sun, Sistem AIS itu dibuka semula 80 jam kemudian tetapi sebab ia ditutup masih belum jelas dan lokasi kapal itu dalam tempoh berkenaan tidak dirakam.

Misteri itu menyusul 10 hari selepas usaha mencari pesawat Malaysia Airlines yang hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Penutupan sistem pengesanan kapal AIS menimbulkan teori konspirasi dan perbandingan dengan MH370 yang turut hilang daripada sistem radar.

Seorang pengguna media sosial mengandaikan pesawat MH370 sudah ditemui tetapi wujud rancangan merahsiakan lokasinya sehingga bayaran kerajaan disahkan.

MH370 hilang selepas sistem komunikasinya juga ditutup sejam selepas berlepas. Pesawat itu yang membawa 239 orang masih belum ditemui sehingga hari ini.

Pemilik Seabed Constructor, Ocean Infinity dari Texas, Amerika Syarikat, diupah menerusi perjanjian 'tiada bayaran jika tiada penemuan'.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu memaklumkan kapal pencarian terbabit memanfaatkan keadaan cuaca baik untuk bergerak ke arah zon pencarian.

Syarikat itu ditawarkan lebih 39.5 juta pound (RM216 juta) jika ia berjaya menemui pesawat hilang itu dalam tempoh 90 hari.

Kapal itu mula berlayar dari pelabuhan Durban, Afrika Selatan pada 2 Januari 2018 dan tiba di lokasi pencarian pada 21 Januari lalu.

Kru kapal itu menggunakan peralatan pengimbas sonar dalam usaha mengesan pesawat MH370.-7/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 704  tetamu dalam talian