28Jun2017

DCA siasat kejadian tayar MAS kempis selepas mendarat di KLIA

Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menyiasat segera insiden pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang mengalami masalah tayar kempis semalam, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
 
"Saya telah arahkan pihak DCA menyiasat dan menghantar laporan Lengkap mengenai insiden tersebut.
 
"Kita tidak boleh berkompromi dengan hal membabitkan pesawat penerbangan dan insiden itu tidak sepatutnya berlaku," katanya.
 
Tambah beliau, siasatan perlu dilakukan secara menyeluruh termasuk membabitkan aspek teknikal.
 
Ia turut melibatkan faktor tayar pesawat itu, keadaan landasan dan juga penyelenggaraan terhadap pesawat.
 
Semalam, dua tayar pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH726 dari Jakarta mengempis selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
 
Insiden pada 7.13 pagi itu membabitkan pesawat Boeing 738 menyebabkan Landasan 2 di KLIA ditutup.-3/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 655  tetamu dalam talian