23Jun2017

Bukan pengakhiran pencarian MH370

Penggantungan misi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 17 Januari lalu tidak bermakna pengakhiran dalam komitmen negara bagi merungkai tragedi kehilangan pesawat itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, malah, aspirasi untuk mencari pesawat yang genap tiga tahun hilang pada hari ini tidak pernah diabaikan sungguhpun pencarian digantung sementara waktu bagi menunggu lebih banyak bukti meyakinkan.

Katanya, pengumpulan bukti itu berdasarkan analisa kepada data dan maklumat komprehensif yang diperoleh oleh kumpulan pakar di Australia.

“Penggantungan misi pencarian setelah lebih dua tahun setengah dilancarkan sememangnya satu keputusan yang amat sukar, tetapi persetujuan yang dicapai bersama Kerajaan Australia dan China itu bukanlah diambil ringan atau tanpa kepiluan.

“Semua pihak mengharapkan dan berdoa agar dapat mencari jawapan kepada tragedi itu melalui pelbagai usaha yang digembleng di peringkat antarabangsa, namun misi pencarian tidak berhasil,” katanya.

Bagi mengenang episod hitam dalam industri penerbangan negara itu, ahli-ahli Dewan Rakyat turut bertafakur selama seminit bagi mengenang mangsa-mangsa tragedi tersebut.

Tiong Lai berkata, meski pun tragedi yang telah tercatat dalam takwim negara, semua pihak seharusnya memperkukuhkan lagi solidariti dan semangat perpa­duan.

“Oleh yang demikian, apa yang kita lakukan pada hari ini adalah sebagai tanda kita memperingati genap tiga tahun tragedi malang yang menimpa negara serta mengenang mereka yang terlibat dalam nahas pilu yang amat meruntun hati kita semua.

“Justeru, saya berharap dan menyeru ahli keluarga dan rakan taulan mangsa agar terus cekal dan kekal tabah dalam meniti hari-hari yang mendatang tanpa orang yang disayangi. Doa dan ingatan kita akan terus bersama dengan mereka agar diberi ketabahan dan kecekalan hati dalam meneruskan kehidupan,” katanya.-09/03/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1095  tetamu dalam talian