14Disember2018

Xi Jinping Presiden China seumur hidup...

China meluluskan cadangan pemansuhan had penggal perkhidmatan pe­mimpin negara, sekali gus bakal menyaksikan Xi Jinping berpeluang memegang jawatan sebagai Presiden China untuk seumur hidupnya.

Jinping dijangka menamatkan penggal perkhidmatannya sebagai Presiden China pada 2023 selepas dilantik pada 2012.

BBC melaporkan, cadangan itu diusulkan oleh Parti Komunis pada akhir Februari lalu dan me­rupakan antara perubahan yang dilakukan dalam Perlembagaan negara.

Cadangan itu diluluskan oleh mesyuarat tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) hari ini dengan mudah tanpa tentangan menyaksikan 2,985 perwakilan menyokong, dua menentang dan tiga berkecuali.

China sebelum ini melaksanakan had perkhidmatan selama dua penggal bagi setiap Presidennya sejak 1990-an.

Bagaimanapun, terdapat pihak memban­dingkan Jinping dengan peme­rintah Korea Uta­ra manakala beberapa buah wilayah pentadbiran China seperti Hong Kong sebelum ini turut mendakwa langkah itu hanya mewujudkan seorang lagi diktator.

Seorang pengkritik kerajaan menerusi surat terbuka menyifatkan cadangan itu sebagai satu ‘sandiwara’.

Bekas editor akhbar kebangsaan China, Li Datong juga menyatakan pendapatnya bahawa memansuhkan had perkhid­matan Presiden dan Timbalan Presiden boleh mencetuskan kekecohan.

Sehubungan itu, Chi­na melancarkan propagandanya dengan menyekat beberapa artikel selain menerbitkan ru­angan khas memuji tindakan Parti Komunis yang mengusulkan cadangan tersebut.

Media arus perdana juga menegaskan cada­ngan itu diperlukan untuk kesejahteraan China dalam jangka panjang malah Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pernah dikritik kerana dilihat menyokong pelaksanaan cadangan tersebut.-12/3/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 542  tetamu dalam talian