24Februari2019

UFO dirakam di pendalaman Norway

Sebuah objek terbang tidak dikenali (UFO) yang bersinar terang dikesan melintasi ruang udara Norway baru-baru ini.

Kehadiran UFO itu telah mengejutkan sekumpulan individu di Bardufoss pada petang Khamis lalu sebelum dilihat semula sejauh kira-kira 128 kilometer di Tromso.

Menurut saksi, objek itu dapat dilihat sehingga selepas matahari terbenam dan kemudian seperti meletup dan pecah kepada dua bahagian sebelum hilang.

“Pada mulanya, kami ingat itu sebuah helikopter yang menuju ke arah kami. Objek tersebut sangat terang dan datang dari sebalik pergunungan sebelum berpusing dan melewati kami,” kata Tarquin Millington-Drake daripada majalah Frontier Travels kepada Mail Online.

Millington-Drake menyaksikan fenomena menakjubkan itu dari Wolf Lodge, sebuah resort yang menawarkan pengalaman mendekati serigala, dekat sini.

Setakat ini, penjelasan bagi perkara itu mungkin Paz, sebuah satelit imej radar yang dilancarkan Khamis lalu di California dari roket Falcon 9 milik Ketua Pegawai Eksekutif SpaceX, Elon Musk.-27/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 392  tetamu dalam talian