25Mei2017

Tutup kem pelarian Rohingya - Kofi Annan

Myanmar perlu segera membenarkan etnik Rohingya kembali ke kampung halaman mereka dan menutup terus kem pelarian yang serba daif di negeri Rakhine, kata suruhanjaya diketuai bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan.

Lebih 120,000 orang Rohingya menetap di kem berkenaan sejak melarikan diri dari rumah masing-masing disebabkan ketegangan agama antara penduduk Buddha dan Islam pada 2012.

Kebanyakannya tidak dibenar meninggalkan kem daif yang menyaksikan mereka hidup dengan kekurangan makanan dan dinafikan pendidikan asas dan penjagaan kesihatan.

Ketua Umum Myanmar, Aung San Suu Kyi, tahun lalu melantik Annan mengetuai suruhanjaya yang ditugaskan memulihkan perpecahan antara penduduk Buddha dan Islam di Rakhine.

"Suruhanjaya menggesa pelan penutupan semua kem di negeri Rakhine," kata anggota suruhanjaya itu Ghassan Salame, kepada wartawan pada majlis pelancaran laporan interim suruhanjaya itu.

 Laporan itu juga menggesa kerajaan memberi jaminan keselamatan dan peluang mencari sara hidup di tempat penempatan semula, termasuk membina rumah baharu.

Etnik Rohingya perlu dibantu untuk menjadi warga negara dan tiada lagi sekatan terhadap mereka untuk hidup sebagai rakyat yang bebas di negara itu.-17/3/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1179  tetamu dalam talian