23November2017

Trump ulangi amaran Washington

Presiden Donald Trump mengulangi amaran kepada Korea Utara bahawa Amerika Syarikat (AS) akan menggunakan seluruh kekuatan ketenteraan sekiranya diperlukan bagi mempertahankan negara berkenaan dan sekutunya semasa beliau melawat Korea Selatan semalam.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in, Trump berkata, walaupun beliau berharap dapat menggunakan kaedah lain selain kuasa tentera, AS bersedia melakukan apa sahaja untuk menghalang diktator Korea Utara, Kim Jong-un daripada mengancam nyawa manusia.

“Kita tidak boleh membenarkan Korea Utara mengancam semua yang kita bina. Kita berdoa kepada Tuhan supaya kita tidak perlu menggunakan semua kuasa ketenteraan AS,” kata Trump pada hari pertama lawatan dua harinya ke Korea Selatan.

Terdahulu, beliau dan Wanita Pertama, Melania Trump mendapat sambutan karpet merah selepas pesawat rasmi mereka, Air Force One mendarat di Pangkalan Udara Osan, luar Seoul.

Trump kemudian menaiki helikopter ke Kem Humphreys yang merupakan pangkalan tentera AS terbesar di Korea Selatan untuk beramah mesra dengan askar AS dan Korea Selatan dengan diiringi Jae-in.

White House berkata, lawatan Trump bertujuan untuk membuktikan kesungguhan AS berhubung pendekatan keras Trump dalam menangani ancaman nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara.

Namun, wujud kebimbangan retorik keras Trump akan meningkatkan risiko konflik ketenteraan di Semenanjung Korea.

Dalam pertemuannya de­ngan komander-komander tentera mengenai isu Korea Utara, Trump memberitahu wartawan: “Ia akan berjaya, ia sentiasa berjaya, ia perlu berjaya”.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut.

Trump turut memuji Jae-in kerana ‘kerjasama hebat’ antara mereka di sebalik perbezaan pendapat mengenai cara menangani Korea Utara dan isu perjanjian perdagangan kedua-dua negara.-8/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 663  tetamu dalam talian