22September2014

Thailand belum ada pendirian tuntutan BRN

thailand-tembak
Kerajaan Thailand belum membuat keputusan terhadap lima tuntutan pemisah selatan, Barisan Revolusi Nasional (BRN), kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Kebangsaan (NSC), Paradorn Pattanatabut.

Dalam keganasan terbaru di Narathiwat, dia askar maut dan tiga lagi cedera parah kerana letupan sebutir bom tepi jalan di Tambon Taloh, daerah Reu Soh.

Paradorn berkata, hasil tinjauan Dusit dan maklum balas penduduk kepada Pusat Pentadbiran Wilayah Selatan (SBPAC), akan dibentangkan perunding Thai apabila rundingan dengan BRN disambung pada 13 Jun depan.

“Kami perlu siasat lima tuntutan BRN itu untuk memastikan sama ada ia adalah pandangan penduduk atau pelampau,” katanya.

Lima tuntutan itu ialah supaya Malaysia menjadi pengantara dan bukan penyelaras; kehadiran wakil Melayu Pattani pimpinan BRN dalam rundingan; anggota ASEAN, OIC dan wakil Pertubuhan Bukan Kerajaan perlu menjadi saksi rundingan; bebaskan semua suspek serta tarik balik atau mansuh semua waran tangkap tanpa syarat dan BRN mesti dirujuk sebagai kumpulan pejuang.

Paradorn berharap, kedua-dua pihak dapat mencari jalan tengah untuk menyelesaikan permasalahan mereka terutama dalam isu kumpulan pemisah.

Beliau juga menekankan, pentadbiran Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus membantu Bangkok dalam dialog dengan BRN apabila Barisan Nasional menang PRU13.

Paradorn juga menolak khabar angin bahawa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra menemui pemisah dan pemimpin agama di selatan Thai bagi membantu usaha Bangkok.

Katanya, khabar angin itu disebarkan mereka yang menentang dialog kerana mereka tahu mudah untuk memperlekeh kemajuan rundingan jika dialog itu dikaitkan dengan pembabitan Thaksin.-7/5/2013

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 362  tetamu dalam talian