19September2017

Taufan Irma jejas kehidupan berjuta-juta orang di Florida

Taufan Irma menumbangkan kren, memusnahkan jalan raya dan mengakibatkan berjuta-juta penduduk terputus bekalan elektrik ketika ribut itu membadai negeri Florida di Amerika Syarikat (AS) kelmarin selepas mencetuskan kemusnahan besar di kepulauan Caribbean.

Enam juta orang diarahkan berpindah dari laluan taufan itu sekali gus antara perpindahan terbesar dalam sejarah AS.
Advertisement

Irma membawa angin selaju 169 kilometer sejam lewat kelmarin semasa menghampiri Fort Myers, bandar yang menjadi destinasi pelancongan utama di barat laut Florida.

Walaupun taufan itu semakin lemah selepas membadai rantau Caribbean, Irma dijangka kekal sebagai ribut Kategori Dua untuk tempoh sekurang-kurang­nya 24 jam lagi, demikian menurut Pusat Taufan Kebangsaan.

Ribut itu meragut tiga nyawa apabila membadai kepulauan Florida Keys di selatan Florida.

Kira-kira empat juta orang terputus bekalan elektrik di seluruh Florida, kata syarikat utiliti, Florida Power and Light yang turut menutup dua reaktor nuklearnya di loji janakuasa Turkey Point.

Beberapa jam selepas membadai Florida Keys, Taufan Irma tiba di Pulau Marco dekat resort tepi pantai Naples. Ribut itu membawa ombak besar dan hujan lebat di selatan Florida dan bergerak menuju ke perairan Teluk.

Taufan Irma juga mengakibatkan paras air laut meningkat sehingga 4.5 meter, cukup untuk menenggelamkan sebuah rumah apabila ia melanda Florida.

Dua buah kren pembinaan gergasi di kota raya Miami tumbang akibat tiupan taufan itu, manakala kawasan pantai di Miami Beach ditenggelami air laut kelmarin.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Donald Trump yang berjanji akan melawat Florida dalam masa terdekat telah meluluskan bantuan persekutuan untuk negeri tersebut.

“Pada masa ini, kita bimbangkan kemalangan jiwa dan bukannya kerugian akibat taufan ini,” kata Trump.

Setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya 30 kematian yang dikaitkan dengan Taufan Irma.-12/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 709  tetamu dalam talian