23November2017

Tahanan Arab Saudi akan dibicarakan...

Kerabat diraja, pegawai kerajaan dan ahli perniagaan Arab Saudi yang ditahan dalam operasi antirasuah baru-baru ini akan menjalani proses sewajarnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh Duta Arab Saudi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Abdallah Al-Mouallim.

"Saya memberi jaminan semua yang ditahan akan menjalani proses keadilan yang sewajarnya," kata Abdallah.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai jumlah mereka yang ditahan, sambil berkata: "Saya tidak mempunyai data yang boleh dikongsi dengan anda. Ia adalah sesuatu yang akan diumumkan pihak berkuasa (Arab Saudi) tidak lama lagi".

Baru-baru ini, pihak berkuasa Arab Saudi menahan puluhan tokoh utama di negara itu, termasuk bilionair, Putera Alwaleed bin Talal, yang dianggap sesetengah pihak sebagai cubaan untuk mengukuhkan kuasa oleh Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman.

Semua yang ditahan dituduh terbabit dalam pengubahan wang haram, pemerasan, rasuah dan penyalahgunaan dana awam bagi kepentingan peribadi.

Jawatankuasa antirasuah Arab Saudi diberi kuasa untuk menyita dana dan lain-lain aset milik semua syarikat terbabit sepanjang siasatan dijalankan.-14/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 615  tetamu dalam talian