25September2017

Raja Salman hantar jet bawa rakyat Qatar tunai haji

Raja Arab Saudi, Raja Salman mengarahkan sempadan berhampiran Qatar dibuka bagi membolehkan rakyat negara itu mengerjakan haji, lapor media tempatan.

Keputusan dibuat selepas Doha menghantar utusan buat kali pertama sejak Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar sejak 5 Jun lalu.

Agensi berita Arab Saudi melaporkan, Raja Salman mengarahkan jemaah Qatar dibenarkan masuk melalui sempadan bagi memudahkan mereka menunaikan rukun Islam kelima itu.

Baginda turut mengarahkan jet milik penerbangan Saudi dihantar ke lapangan terbang Doha untuk membawa jemaah Qatar manakala kos ditanggung baginda.-17/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 496  tetamu dalam talian