11Disember2018

Putin beri amaran berhubung dakwaan serangan kimia

Presiden Rusia Vladimir Putin berkata negaranya tidak akan menerima "provokasi dan spekulasi" berhubung apa yang disyaki sebagai serangan senjata kimia di Syria.

Menurut Kremlin, Putin membuat kenyataan itu dalam perbualan telefon dengan Canselor Jerman, Angela Merkel, lapor agensi berita China Xinhua.

"Kedua-dua pemimpin membincangkan situasi di Syria, termasuk dakwaan serangan kimia yang dibuat oleh beberapa negara barat terhadap kerajaan Syria. Adalah sesuatu yang tidak boleh diterima apabila menggunakannya sebagai satu peluang untuk melakukan provokasi dan spekulasi,'' menurut kenyataan yang dikeluarkan Kremlin.

Pada Sabtu, aktivis mendakwa tentera Syria menggunakan gas klorin dalam satu serangan ke atas Douma, kubu kuat terakhir pemberontak di kawasan di timur Ghouta, yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 40 orang.

Dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya oleh kerajaan Syria.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menerusi akaun Twitter beliau menuduk Putin, Rusia dan bertanggungjawab ke atas serangan itu berikutan sokongan mereka kepada "Animal Assad."

Menteri Luar Rusia Sergei Lavrov pada Isnin berkata AS dan sekutunya kini menggunakan provokasi bagi mengekalkan kehadiran mereka di Syria.-11/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 277  tetamu dalam talian