Sel05212013

Kemaskini terakhir08:09:39 AM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Luar Negara Program tukar senjata dengan makanan dapat sambutan

Program tukar senjata dengan makanan dapat sambutan

  • PDF

senjatapi

Para pemilik senjata api di Los Angeles  beratur panjang kelmarin untuk menyerahkan senjata api mereka dan menerima baucer barangan dapur bernilai USD200 sebagai ganti dalam acara pembelian semula senjata api yang dipercepatkan setelah insiden pembunuhan beramai-ramai di sebuah sekolah di Connecticut.

Pihak berkuasa berjanji tidak akan menyoal apa-apa dalam acara yang dilakukan secara pandu lalu (drive-thru) itu.

Semasa acara itu, pemilik senjata api menyerahkan senjata api mereka termasuk senapang dan mesin-gan jenama Uzi langsung daripada kereta mereka dan menerima kad hadiah kedai runcit sebagai ganti.

Tetapi beberapa aktivis prosenjata api muncul bagi membantah Program Pembelian Semula Senjata Api yang dianjurkan di LA, wilayah yang sering dianggap sebagai wilayah konservatif, dan cuba memujuk pemilik senjata api daripada menyerahkan senjata api mereka untuk dihapuskan.

Sarjan Rudy Lopez dari Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) berkata acara itu berjalan lebih baik berbanding tahun-tahun lalu.

"Keseluruhannya ia sangat positif. Ramai orang telah menunggu selama 90 minit (dalam barisan).

"Mereka ingin lakukan sesuatu, mainkan peranan mereka bagi memastikan lebih banyak senjata api tidak berada di jalanan," kata Sarjan Lopez.

Tambahnya, polis akan memeriksa senjata api yang diserahkan untuk memastikan ia tidak dilaporkan hilang atau dicuri, dan menyerahkannya kembali kepada pemilik yang berhak, jika hal itu berlaku. Semua senjata api lain akan dileburkan.

Sejumlah 1,016 senjata api termasuk 41 senapang telah diserahkan di Van Nuys, utara Los Angeles  - salah satu daripada dua lokasi di mana senjata api boleh diserahkan, sehingga pada satu ketika pihak polis kehabisan kad hadiah kedai runcit.

Pemilik senjata api diberikanbaucer bernilai USD$100 bagi pistol, senapang dan senapang patah sertabaucer bernilai USD$200 bagi senjata api automatik.

Datuk Bandar Los Angeles,  Antonio Villaraigosa, mempercepatkan tarikh acara itu daripada Mei tahun depan menyusuli kejadian pembunuhan beramai-ramai di Newtown, Connecticut, yang mengorbankan 26 nyawa.

Para pengkritik telah menyoal keberkesanan acara sedemikian dengan mengatakan bahawa senjata api yang diserahkan selalunya adalah senjata yang tidak mungkin digunakan dalam aktiviti jenayah, contohnya, senjata api yang sudah lama dan tidak berfungsi. - AFP.


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.