19Ogos2017

Perang di sepanjang sempadan Korea tidak lama lagi...

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in memberi amaran terdapat kemungkinan besar akan berlaku pertempuran tentera di sepanjang sempadan dengan Korea Utara ketika ketegangan semakin memuncak ekoran ujian senjata nuklear oleh Pyongyang awal minggu ini.

Jae-in yang mengangkat sumpah minggu lalu, memberi amaran bahawa program nuklear dan roket Korea Utara berkembang pesat beberapa hari selepas Pyongyang melancarkan peluru berpandu jarak jauh yang disifatkan terbesar dimiliki negara itu.

“Kita hidup dalam realiti di mana terdapat kemungkinan yang tinggi pertempuran tentera di sepanjang sempadan laut di luar pantai barat Semenanjung Korea atau di sepanjang sempadan kawasan darat yang memisahkan mereka.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan provokasi Korea Utara dan ancaman nuklearnya,” katanya ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan sambil menggesa pasukan tenteranya memperketat kawalan di kawasan perairan negara itu.

Beliau sebelum ini menegaskan untuk membawa masalah tersebut ke meja rundingan, tetapi selepas pelancaran peluru berpandu Ahad lalu, Jae-in mengubah pendirian dengan menyatakan dialog antara mereka hanya akan berlaku jika Pyongyang mengubah tingkah lakunya.

Korea Utara mendakwa roket itu mampu membawa kepala peledak nuklear, walaupun terdapat keraguan sama ada negara berkenaan mampu membina peledak yang cukup kecil untuk dimuatkan ke dalam peluru berpandu.

Negara tersebut telah melancarkan dua ujian atom dan berpuluh-puluh ujian peluru berpandu dalam usahanya untuk membina peluru berpandu yang mampu menyasarkan kepala peledak nuklear hingga ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam pada itu, isu pemasangan Sistem Terminal Altitud Tinggi Kawasan Pertahanan (THAAD) di Korea Selatan dan ancaman oleh Korea Utara dijangka menjadi agenda utama apabila Jae-in bertemu Presiden AS, Do­nald Trump Jun ini.

Sidang kemuncak yang pertama antara kedua-dua pemimpin berkenaan akan diadakan di Washington dan wakil Jae-in berkata, acara itu bertujuan untuk mengukuhkan hubungan peribadi antara kedua-dua negara.-18/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 738  tetamu dalam talian