19November2017

Penduduk Rohingya ditetak semasa berlindung di masjid

Tentera Myanmar mengepung pintu masuk ke sebuah masjid, sekumpulan lelaki tiba dengan membawa parang dan tong petrol dan selepas itu, pembunuhan pun bermula, demikian menurut beberapa saksi etnik Rohingya yang beragama Islam.

“Mereka yang lari ditetak sampai mati. Mereka berjaya melarikan diri pula ditembak oleh askar Myanmar,” kata guru berumur 53 tahun, Master Kamal.

Dia merupakan antara penduduk yang terselamat dalam insiden pembunuhan beramai-ramai di Kampung Aung Sit Pyin dalam negeri Rakhine.

“Mereka membakar rumah-rumah. Kami lari untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.

Kamal berkata, dia melihat tiga orang jiran termasuk seorang bapa dan anak lelakinya ditetak ketika dia melarikan diri dan berjalan 10 hari merentasi bukit, sungai dan padang menuju ke Bangladesh.

Wawancara bersama kira-kira 10 orang dari kampung tersebut yang berlindung di Kem Balukhali, Bangladesh membongkar kisah ngeri yang berlaku di Aung Sit Pyin pada 25 Ogos lalu.

Pada hari tersebut, pemberontak Rohingya menyerang pos-pos polis di Rakhine sehingga mencetuskan operasi pembersihan yang sehingga kini memaksa hampir 300,000 daripada 1.1 juta penduduk Islam Rohingya di Rakhine melarikan diri ke Bangladesh.

Etnik minoriti Islam itu menuduh tentera Myanmar dan penduduk beragama Buddha bertanggungjawab ke atas pembunuhan berleluasa di Rakhine.-11/9/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 681  tetamu dalam talian