Rab05222013

Kemaskini terakhir08:50:25 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Luar Negara Pasca Bashar: Mujahidin berazam perintah Syria

Pasca Bashar: Mujahidin berazam perintah Syria

  • PDF

syriaKumpulan jihad, Barisan Al-Nusra berkata semalam, pemerintahan Islam mesti dilaksanakan di seluruh Syria selepas penggulingan Presiden Bashar al-Assad.

Kumpulan itu yang dilabel oleh Amerika Syarikat sebagai pengganas, turut menuduh Washington berusaha mengekalkan kerajaan Bashar.

Al-Nusra yang mendakwa bertanggung jawab terhadap kebanyakan serangan berani mati sepanjang konflik di Syria sejak 21 bulan lalu, dianggotai oleh pejuang yang sebahagian besarnya warga asing.

Dalam rakaman audio yang dimuatnaikkan di Internet semalam, Ketua Al-Nusra, Abu Mohammed Al-Jawlani berulang kali menegaskan, kumpulan jihad mesti memerintah Syria selepas kejatuhan Bashar.

“Kejatuhan rejim itu akan meninggalkan kekosongan dan kumpulan Islam adalah yang terbaik untuk mengisi kekosongan itu,” kata Abu Mohammed.

Dalam mesejnya bertajuk: ‘Rakyat Syria, kami korbankan jiwa kami untuk anda,’ beliau berkata: “Kami menawarkan kepada anda darah kami untuk mempertahankan agama dan tanah anda. Kami akan terus melakukan pengorbanan selepas ini.

“Kami akan terus berkorban untuk membolehkan rakyat Syria menjalani kehidupan dengan bermaruah dan memiliki semula apa yang diambil daripada mereka, sehingga mereka boleh hidup di bawah pemerintahan panji Islam,” katanya.

Beliau turut menyelar masyarakat antarabangsa, khususnya Amerika Syarikat.

“Barat tidak sepatutnya dibiar meraih keuntungan hasil daripada pengorbanan yang telah kita lakukan,” katanya-31/12/2012


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.