16Januari2018

Myanmar amalkan dasar aparteid

Kekejaman Myanmar terhadap masyarakat Rohingya menyamai dasar aparteid, lapor pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International (AI) semalam berhubung punca krisis yang menyebabkan 620,000 me­larikan diri ke Bangladesh.

Adegan menyedihkan penduduk Rohingya di kem-kem Bangladesh telah mencetuskan kemarahan di seluruh dunia apabila mereka melarikan diri dari negeri Rakhine sejak Ogos lalu selepas dibunuh, diperkosa dan rumah-rumah dibakar oleh tentera Myanmar.

Myanmar dan Bangladesh bersetuju untuk menghantar balik sebahagian pelarian Ro­hingya, namun enggan mene­rima beberapa perincian proses penghantaran.

Ketua tentera Myanmar minggu lalu berkata, adalah ‘tidak munasabah’ untuk menerima jumlah pelarian yang dicadangkan oleh Dhaka.

Laporan AI yang disiarkan kelmarin menjelaskan mengenai penganiayaan selama berapa tahun yang menimpa etnik Ro­hingya.

Kempen ‘tajaan kerajaan’ telah mengehadkan hampir semua aspek kehidupan penduduk Rohingya, kata kajian AI itu berkaitan negara majoriti Budd­ha tersebut.

Laporan 100 halaman berdasarkan kajian selama dua tahun menyebut kawalan itu setaraf dengan ‘jenayah kemanusiaan aparteid’.

“Negeri Rakhine adalah sebuah lokasi jenayah. Kes ini berlaku sebelum kempen keganasan ketenteraan tiga bulan lalu,” kata Pengarah Kanan Kajian AI, Anna Neistat.

Pihak berkuasa Myanmar ‘menyebabkan wanita, lelaki dan kanak-kanak Rohingya terasing dan takut dalam sistem aparteid yang tidak berperikemanusiaan,” tambahnya.

Perbincangan berkaitan penyebaran kebencian terhadap masyarakat Islam itu wujud daripada undang-undang Kewarganegaraan 1982 yang me­nimbulkan perbalahan.

Undang-undang yang ditetapkan oleh junta ketika itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu Rohingya tiada kerakyatan.

Sejak itu, AI berkata, satu kempen mempertimbangkan perkara itu telah dilancarkan untuk menghapuskan hak Ro­hingya tinggal di Myanmar dengan mereka digelar sebagai Bangali atau pendatang tanpa izin dari Bangladesh.-22/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 957  tetamu dalam talian