15Disember2017

Misteri kehilangan kapal selam Argentina belum terungkai

Misteri kehilangan kapal selam milik Argentina masih belum terungkai dan kini telah memasuki hari ke-18 insiden itu yang berlaku pada 15 November lalu.

Terbaharu, tentera laut Argentina mengesahkan objek yang ditemui radar pada Jumaat bukan serpihan dari kapal selam ARA San Juan.

Menurut jurucakap tentera, Enrique Balbi imej yang dikesan radar terbabit telah dianalisa pada Sabtu.

"Selepas analisa dibuat ia disahkan bukan milik kapal selam ARA San Juan," jelas Enrique Balbi dalam sidang media di Buenos Aires.

Balbi berkata pasukan mencari dan menyelamat yang diketuai tentera laut tidak lagi memberi fokus kepada pencarian kelasi yang hilang.

Pasukan itu telah mengalihkan misi penyelamat kepada pemulihan.

Menurutnya, Tentera Laut masih belum dapat mengesahkan bahawa kesemua anak kapal itu terkorban memandangkan tiada sebarang bukti kapal karam ditemui di kawasan pencarian.

“Biarpun, banyak usaha dilakukan, kami masih gagal mengesan kedudukan kapal selam itu,” katanya.

Pengumuman itu mengundang pelbagai reaksi daripada ahli keluarga dan saudara-mara mangsa yang menyuarakan rasa kecewa mereka.

“Mereka telah menghancurkan harapan terakhir kami,” kata seorang bapa kepada salah seorang anak kapal, Luis Tagliapietra.

Sebaliknya, seorang bapa kepada anak kapal itu, Fernando, Jorge Villareal pula enggan berputus asa.

“Saya akan terus berharap dan percaya dia akan kembali semula. Kami optimis,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai kanan tentera laut yang enggan dikenali berkata, tiada sebarang harapan mangsa masih hidup memandangkan bekalan oksigen hanya mampu bertahan selama tujuh hari.

“Kami berada di tengah-tengah tragedi ini. Kami buntu dan terpaksa menanggung kesakitan dan penderitaan apabila kehilangan 44 rakan seperjuangan dalam sekelip mata,” katanya.

Pada 15 November lepas, kapal selam yang membawa seramai 44 kru kapal sedang dalam perjalanan dari pelabuhan Ushuaia dari Pelabuhan Mar Del Plata, 400 kilometer dari Beunos Aires.

Siasatan awal mengesahkan terdapat log dari kapten kapal yan gmemberitahu air laut memasuki bahagian kapal dan merosakkan bateri serta berlaku litar pintas.

Letupan turut dilaporkan berlaku ketika komunikasi tersebut dibuat.


Kali terakhir ARA San Juan dapat dihubungi oleh tentera laut ialah pada 15 November lalu ketika dalam perjalanan di lautan Atlantik Selatan pada kedudukan 450 kilometer dari pantai.

Kapal sepanjang 13 meter dan selebar 7 meter itu dibina oleh syarikat Jerman, Thyssen Nordseewerke dan dilancarkan pada 1983.-4/12/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 875  tetamu dalam talian