23Mei2017

Mexico negara kedua paling berdarah selepas Syria

Kekejaman kartel dadah mengakibatkan Mexico mencatatkan kadar pembunuhan kedua tertinggi di dunia di belakang Syria pada tahun 2016, lapor Institut Kajian Strategik Antarabangsa (IIS) yang beribu pejabat di London kelmarin.

Menurut IIS, Mexico mencatatkan 23,000 kes pembunuhan pada tahun lalu berbanding 60,000 di Syria, negara yang dilanda perang saudara sejak tahun 2011.

“Jarang pembunuhan akibat jenayah menyamai tahap konflik perang. Namun, ini berlaku di kawasan Segi Tiga Utara Amerika Tengah (Honduras, Guatemala, El Salvador) dan Mexico,” kata penyelidik institut berkenaan, Antonio Sampaio.

Tiga negara Amerika Tengah itu mencatatkan penurunan bilangan pembunuhan dengan catatan 16,000 kes tahun lalu, manakala Mexico mencatatkan pertambahan 11 peratus dalam tempoh sama.

Sampaio berkata, keganasan di Mexico memuncak selepas Presiden Felipe Calderon mengisytiharkan perang ke atas dadah dalam usaha untuk menghapuskan kartel-kartel dalam tahun 2006.

“Namun, konflik yang tercetus membawa penderitaan kepada Mexico apabila 105,000 nyawa melayang dari tahun 2006 hingga 2012,” katanya.

Dalam pada itu, kematian akibat konflik global turun daripada 167,000 dalam tahun 2015 kepada 157,000 orang tahun lalu, kata IIS.-11/5/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 728  tetamu dalam talian