25September2017

Kumpulan militan paksa kanak-kanak berperang di Marawi

Kanak-kanak dan tebusan di bandar Marawi dipaksa mengangkat senjata dan berperang bersama kumpulan militan pro-Daesh, kata tentera Filipina semalam.

Kumpulan militan termasuk pemberontak Maute menawan Marawi yang dianggap sebagai ibu kota penduduk Islam di Filipina pada 23 Mei lalu dalam usaha bauntuk mewujudkan wilayah Daesh.

Setakat ini, lebih 100 militan berkenaan masih berkubu di Marawi, selatan Filipina walaupun pihak tentera berusaha bersungguh-sungguh untuk mengusir mereka.

Sesetengah pengganas itu merupakan remaja yang mungkin direkrut dan dilatih untuk menggunakan senjata api ketika mereka masih kanak-kanak lagi, kata jurucakap tentera Filipina, Brigedier Jeneral Restituto Padilla.

“Kami berterusan mendapat berita daripada penduduk Marawi yang melarikan diri bahawa kanak-kanak dan orang tebusan digunakan dalam pertempuran,” kata Padilla kepada pemberita di Manila.

Menurutnya, tidak lama selepas menawan Marawi, kumpulan lelaki bersenjata itu menawan berpuluh-puluh tebusan termasuk paderi Kristian.

Sebahagian daripada anggaran 300 orang awam lain yang masih terperangkap di bandar itu turut dijadikan tebusan oleh mereka, kata Padilla.

Pihak tentera berkata, orang awam dipaksa membantu mili–tan-militan berkenaan de–ngan membawa bekalan dan peluru, menolong mereka yang cedera dan membantu menawan bandar tersebut.

Lebih 500 orang terbunuh sepanjang pertempuran lima minggu di Marawi termasuk 89 anggota tentera dan polis, 39 penduduk dan 379 militan, menurut statistik kerajaan Filipina semalam.

Hampir 400,000 penduduk Marawi menjadi pelarianmasing akibat pertempuran tersebut.-11/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 715  tetamu dalam talian