19September2017

Korea Utara mahu berperang dakwa Amerika Syarikat

Amerika Syarikat (AS) menuduh Korea Utara ‘meminta-minta untuk berperang’ ketika Washington mendesak supaya Pyongyang dikenakan tindakan paling tegas susulan ujian nuklear keenamnya.

Duta AS, Nikki Haley memberitahu sidang tergempar Majlis Keselamatan PBB bahawa Washington akan membentangkan resolusi sekatan baharu untuk dibincangkan dalam masa beberapa hari lagi, manakala pengundian akan diadakan pada Isnin depan.

“Hanya sekatan paling ketat membolehkan kita menyelesaikan isu Korea Utara melalui diplomasi,” Haley memberitahu mesyuarat tergempar itu yang dipanggil oleh AS, Britain, Perancis, Jepun dan Korea Selatan.

Menurut Haley, sekatan berperingkat ke atas Pyongyang yang dikuatkuasakan sejak tahun 2006 menemui kegagalan.

“Perang tidak pernah menjadi perkara yang AS inginkan.

“Kami tidak mahukan perang sekarang, namun, kesabaran negara kami bukannya tidak terbatas.

“Korea Utara memberikan tamparan terhadap masyarakat antarabangsa yang memintanya supaya berhenti,” kata Haley lagi.

Beliau tidak menyebut tentang langkah yang diminta oleh Washington tetapi diplomat-diplomat berkata, mereka boleh menyekat bekalan petrol dan diesel kepada Korea Utara sekali gus melumpuhkan ekonomi negara itu.

Sekatan baharu tersebut juga melibatkan larangan melancong ke Korea Utara dan menyekat penghijrahan pekerja negara komunis itu ke luar negara.

Korea Utara menggemparkan dunia pada Ahad lalu apabila ia meletupkan sebutir bom hidrogen yang direka untuk di pasang pada peluru berpandu balistik antara benua.

Ujian nuklear bawah tanah itu mempunyai kekuatan antara 50 hingga 100 kiloton ataupun lebih lima kali ganda lebih kuat daripada letupan bom atom yang digugurkan di Hiroshima semasa Perang Dunia Kedua.-6/9/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 708  tetamu dalam talian