22Oktober2017

Korea Utara boikot sesi Majlis Hak Asasi Manusia PBB

Takut silap jawab dipercayai menjadi punca Korea Utara  memboikot sesi khas Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selas bagi membincangkan mengenai beberapa isu termasuk menyebabkan ketegangan di rantau Asia Pasifik.

Pakar PBB berhubung situasi hak asasi manusia di Korea Utara, Tomas Ojea Quintana semasa sesi itu memberi amaran bahawa tindakan mengasingkan diri negara itu yang semakin menjadi-jadi boleh memburukkan lagi keadaan.

Beliau memberitahu majlis berkenaan bahawa peningkatan ketegangan ketenteraan di rantau Asia Pasifik telah menyumbang kepada peningkatan pengasingan negara komunis itu.

Satu kumpulan pakar lain yang ditugaskan untuk mencari kaedah mengikut saluran undang-undang untuk mengaitkan Korea Utara ke atas pencabulan hak asasi secara meluas dan jenayah kemanusiaan, mengulangi gesaan supaya negara itu dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa di The Hague.

Bagaimanapun, sewaktu Presiden majlis itu, Joaquin Alexander Maza Martelli meminta Korea Utara memberi maklum balas, seperti kelazimannya, wakil negara itu tidak hadir.

Quintana memberi amaran bahawa peningkatan ‘aktiviti’ permusuhan sejak Korea Utara menyambung ujian nuklear dan pelancaran peluru berpandu pada Januari 2016, termasuk melepaskan tembakan ke Laut Jepun pada minggu lepas telah menyebabkan beberapa peluang sedia ada untuk kerjasama dan dialog berhubung hak-hak asasi kemanusiaan berada dalam bahaya.

Beliau juga menimbulkan kebimbangan mengenai kesan-kesan hak asasi manusia berhubung pembunuhan Kim Jong-nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un di Malaysia pada bulan lalu.

“Sekiranya siasatan mengesahkan penglibatan Korea Utara, Jong-nam menjadi mangsa pembunuhan luar undang-undang,” katanya.

Laporan PBB sebelum ini menuduh Pyongyang melanggar hak asasi manusia termasuk mengendalikan rangkaian kem penjara yang menahan sehingga 120,000 orang.

Siasatan oleh PBB pada 2014 turut mendapati Korea Utara bertanggungjawab menculik kira-kira 200,000 warga asing dari sekurang-kurangnya 12 negara.-15/3/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 710  tetamu dalam talian