19September2017

Kim Jong-un tangguh serang Guam...

Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un menangguhkan keputusan untuk melancarkan peluru berpandu ke wilayah Guam, kata media rasmi Pyongyang semalam.

Jong-un sebaliknya akan memantau tindakan Washington untuk sedikit masa lagi.

Agensi berita KCNA melaporkan, Jong-un memeriksa markas tentera Korea Utara kelmarin, kemunculan pertama beliau selepas kira-kira dua minggu.

Jong-un juga meneliti rancangan untuk melancarkan empat peluru berpandu ke sasaran berhampiran Guam yang merupakan wilayah milik Amerika Syarikat (AS) di Lautan Pasifik.

“Beliau berkata, sekiranya pemimpin AS terus melakukan tindakan berbahaya di Semenanjung Korea dan kawasan sekitarnya, serangan itu akan diteruskan,” demikian menurut KCNA.

Agensi berita itu turut menyiarkan gambar menunjukkan Jong-un memegang baton dan menunjuk ke arah peta laluan peluru berpandu Pyongyang yang akan dilancarkan dari pantai timur Korea Utara dan terbang melepasi Jepun seterusnya menghala ke Guam.

Korea Utara sering mengancam untuk menyerang AS dan pangkalannya. Pyongyang pernah menyiarkan gambar-gambar serupa sebelum ini, namun tidak pernah merealisasikan rancangannya.

Namun, seorang profesor dan pakar tentera di Institut Pengajian Timur Jauh Universiti Kyungnam di Seoul, Kim Dong-yub menggesa pendekatan berhati-hati terhadap Korea Utara dan ancaman peluru berpandunya.

“Korea Utara tidak akan beralih arah. Mereka yang tidak mengenali Korea Utara dengan baik akan mudah masuk perangkap (menganggap Pyongyang menarik balik ancamannya). Kita pernah melihat helah tersebut sebelum ini,” katanya.

Pyongyang merancang untuk melancarkan empat buah peluru berpandu ke perairan berhampiran Guam. Ancaman itu meningkatkan ketegangan di Semenanjung Korea.

Presiden Donald Trump kemudian memberi amaran bahawa tentera AS bersiap sedia untuk menyerang Korea Utara jika Pyongyang bertindak secara tidak waras.-16/8/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 664  tetamu dalam talian