26Julai2017

Kemelut rumah Kuan Yew berterusan

Adik-beradik Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengulangi dakwaan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasanya dalam satu kenyataan sebanyak tujuh muka surat semalam.

Kenyataan berkenaan adalah sebagai tindak balas kepada penjelasan Hsien Loong berhubung pertikaian rumah mendiang bapa mereka di Parlimen pada awal minggu ini.

Rakyat Singapura sejak pertengahan Jun lalu dikejutkan dengan kemelut antara pewaris Perdana Menteri Singapura yang pertama, Lee Kuan Yew mengenai sama ada untuk merobohkan rumah lama keluarga atau dijadikan tapak warisan.

Anak-anak Kuan Yew iaitu Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang menegaskan bahawa rumah tersebut perlu dirobohkan mengikut wasiat mendiang bapa mereka.

Sepanjang dua hari sidang khas di Parlimen, Hsien Loong berkata, beliau mahu mengelak daripada membawa adik-beradiknya ke mahkamah kerana fitnah.

Adik-beradiknya memberi maklum balas positif di Facebook terhadap tindakan abang mereka menyelesaikan perkara itu secara peribadi.

“Oleh itu, kami mengalu-alukan keinginan Hsien Loong pada 4 Julai 2017 yang menyatakan hasrat menguruskan percanggahan ini dengan kami secara peribadi, tanpa penglibatan peguam atau agensi kerajaan,” kata mereka.

Mereka dalam status terbaharu di Facebook berkata, pertikaian wasiat itu perlu diselesaikan di mahkamah jika tiada keputusan dicapai.-7/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 709  tetamu dalam talian