22September2018

Kapal selam hilang bersama 44 kru... isyarat jadi petunjuk

Harapan bahawa 44 kru sebuah kapal selam Argentina yang hilang masih hidup bersinar kembali apabila kementerian pertahanan mengesahkan kapal selam itu cuba berhubung melalui satelit kelmarin ketika operasi mencari dijalankan di lautan Atlantik Selatan yang bergelora.

Kementerian itu berkata, tujuh panggilan satelit dipercayai ber­a­sal dari kapal selam ARA San Juan telah dikesan.

Isyarat panggilan itu diterima lewat pagi dan awal tengah hari dan berterusan antara empat hingga 36 saat, kata Kementerian Pertahanan Argentina.

Argentina sedang berusaha untuk mengesan lokasi kapal selam hilang itu bersama sebuah firma komunikasi satelit Amerika Syarikat (AS) yang tidak dinamakan.

Masih tidak jelas jenis panggilan yang cuba dilakukan tetapi kapal selam yang berdepan situasi cemas boleh mengapungkan suar lokasi dikenali sebagai EPIRB di permukaan laut untuk menghantar isyarat satelit.

Dalam pada itu, angin kencang dan ombak besar lebih enam meter di Atlantik Selatan menghalang pencarian antarabangsa kapal selam itu.

Lokasi terakhir kapal selam buatan Jerman itu pada awal Rabu lalu ialah 432 kilometer di luar perairan Argentina di Atlantik Selatan.

Tentera Laut AS berkata, pihaknya menghantar sebuah misi laut dalam ke Argentina dari California untuk menyokong usaha pencarian.

Misi termasuk sebuah kenderaan dan dua kapal yang berupaya menyelamatkan mangsa dari kapal selam di dasar laut itu dijangka tiba dalam masa beberapa hari lagi.

Kru kapal selam San Juan dipercayai mempunyai bekalan makanan dan oksigen mencukupi untuk menunggu bantuan tiba.-20/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 406  tetamu dalam talian