21Oktober2017

Jepun lulus rang undang-undang benarkan Maharaja turun takhta

Kabinet Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe pada Jumaat meluluskan rang undang-undang membenarkan Maharaja Akihito untuk turun takhta dan menyerahkan tugas baginda kepada Putera Mahkota Naruhito, lapor agensi berita China Xinhua.

Langkah melepaskan tahta oleh Maharaja Jepun itu adalah yang pertama kali berlaku dalam tempoh 200 tahun.

Kerajaan Jepun sebelum ini mempertimbangkan Disember 2018 sebagai tarikh Maharaja untuk turun takhta kerana pada ketika itu baginda akan mencecah usia 85 tahun.

Menurut sumber, Maharaja Jepun Akihito mungkin akan kekal menerajui takhta dan perubahan dijangka berlaku pada awal 2019.

Rang Undang-Undang berkenaan dibuat susulan sebelum ini maharaja pernah menyuarakan hasrat baginda mahu melepaskan takhta dalam beberapa tahun lagi.

Ia akan dikemukakan kepada Diet (Parlimen Jepun) dan dijangka akan berkuatkuasa pada akhir sesi Diet pada pertengahan Jun.

Pada Ogos lalu, Maharaja Akihito bertitah menerusi siaran televisyen yang jarang berlaku, di mana baginda menzahirkan hasrat mahu melepaskan takhta atas faktor usia dan kesihatan kerana menyukarkan baginda menjalankan tugas rasmi.-19/5/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 794  tetamu dalam talian