20September2018

Jakarta Post henti jaja pembohongan - Zahrain

Tak habis-habis sebarkan kebencian kepada Malaysia... berang dengan tindakan sebuah akhbar di Indonesia, Duta Malaysia ke Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meminta, The Jakarta Post, supaya berhenti menjaja pembohongan terhadap demokrasi di Malaysia.

Sambil menegaskan bahawa Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran sejak lebih 60 tahun lalu di bawah sistem demokrasi berparlimen mengikut gaya 'westminister'.

"Saya merujuk kepada artikel The Jakarta Post bertajuk 'Truly ASEAN' bertarikh 10 April 2018. Bertujuan menjual berita semata-mata dan bukan mengutarakan kebenaran, penulisan itu dicemari oleh kepalsuan dan tuduhan tidak berasas yang mengaibkan demokrasi Malaysia dan penduduknya.

Surat khabar The Jakarta Post telah mendakwa bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak sebagai serupa dengan mantan Presiden Indonesia Suharto, yang mengamalkan taktik manipulasi.

"Bagi rakyat Indonesia, taktik yang digunakan oleh pemimpin Malaysia Najib Razak untuk memenangi pilihan raya umum akan datang mengingatkan kepada helah Suharto ketika 32 tahun pemerintahannya," kata The Jakarta Post dalam ruangan lidah pengarangnya.

Zahrain berkata "Malaysia telah melalui 13 pilhan raya dengan jayanya, ia berjalan dengan sangat baik bagi negara kami dan kami berhasrat untuk melestarikannya."

"Badan pengurusan pilihan raya dari negara luar, termasuk Komisi Pemilihan Umum dari Indonesia dijemput sebagai pemerhati dalam pilihanraya kami," katanya.

"Menerusi pilihan raya yang bebas dan adil, pengundi dapat memilih wakil mereka ke Parlimen tanpa rasa ketakutan."

"Pada akhirnya, sesiapa yang mendapat keyakinan parlimen akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan dipelawa menubuhkan kerajaan," katanya.

"Nasihat saya kepada penulis (The Jakarta Post), tolong berhenti menjaja pembohongan," kata Zahrain.-14/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 429  tetamu dalam talian