24Oktober2017

HBO digodam... skrip drama Game of Thrones dibocorkan

Sekumpulan penggodam yang mendakwa berjaya menceroboh data HBO, menuntut wang tebusan berjuta-juta dolar daripada saluran televisyen Amerika Syarikat berkenaan.

Penggodam itu mengugut akan mendedahkan lebih banyak fail HBO sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Satu klip video yang tersebar di internet memaparkan kandungan sepucuk surat khas kepada ketua HBO, Richard Plepler.

Penggodam itu berkata, mereka telah mencuri maklumat berharga semasa serangan siber berkenaan yang melibatkan kehilangan 1.5 terabait data.

Surat itu ditulis oleh seorang individu yang menggelar dirinya sebagai Mr. Smith.

Menurut laman web Databreaches.net, sebanyak 10 fail HBO dibocorkan pada Isnin lalu termasuk skrip siri televisyen popular, Game of Thrones bagi membuktikan mereka serius.

Klip video sama menyatakan, penggodam terbabit memperoleh dokumen dan data ‘sangat sulit’ termasuk skrip, kontrak dan fail kakitangan HBO.

Kata penggodam itu lagi, mereka meminta bayaran bersamaan separuh daripada bajet tahunan HBO antara AS$12 juta (RM51.5 juta) hingga AS$15 juta (RM64.3 juta).

Mesej itu disiarkan seminggu selepas satu skrip Games of Thrones dan kandungan daripada penerbit-penerbit lain dibocorkan di internet.

Tambahnya, HBO merupakan sasaran ke-17 kumpulan penggodam itu dan hanya tiga daripada sasaran masa lalu enggan membuat bayaran.

Sasaran yang enggan membayar wang tebusan telah dihukum dengan berat menyebabkan dua daripadanya muflis, kata surat itu lagi.-10/8/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 886  tetamu dalam talian