23November2017

Harga minyak dunia terus meningkat...

Harga minyak meningkat hampir satu peratus pada Khamis disokong oleh pengurangan bekalan daripada pengeksport-pengeksport utama serta kebimbangan berterusan terhadap perkembangan politik Arab Saudi.

Harga minyak Brent LCOc1 meningkat 44 sen atau 0.7 peratus pada AS$63.93 setong, menghampiri paras intra-day AS$64.65 pada Selasa yang merupakan paras tertinggi sejak Jun 2015.

US light crude CLc1 meningkat 46 sen atau 0.8 peratus pada AS$57.27.

“Langkah tersebut dipacu oleh perkembangan di Arab Saudi sejak beberapa hari lalu serta jangkaan pengukuhan kuasa oleh Raja Salman dan Putera Mahkota akan berterusan,” kata Penganalisi Kanan Tenaga, Interfax Energy’s Global Gas Analytics, Abhishek Kumar di London.

Pasaran yakin OPEC akan memanjangkan tempoh perjanjian pengurangan bekalan pada mesyuarat akan datang.

Langkah ini pastinya akan menyokong pasaran, kata Abhishek.

Arab Saudi merancang mengurangkan eksport sebanyak 120,000 tong sehari pada Disember ini berbanding bulan sebelumnya.

Ini sekaligus mengurangkan peruntukan kepada semua rantau, kata seorang jurucakap kementerian tenaga kepada Reuters.-10/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 653  tetamu dalam talian