15Disember2017

Gunung Agung bakal meletup bila-bila masa...

Ramai yang dah booking untuk bawa keluarga ke bercuti di Bali Indonesia sempena cuti sekolah tahun ini terpaksa membatalkan hasrat berbuat demikian.

Ini selepas gunung berapi Gunung Agung dijangka meletup bila-bila masa sahaja dan suasana akan jadi cukup kelam kabut di kawasan pelancongan utama tersebut.

Tambahan pula Malaysia Airlines menyertai syarikat penerbangan lain akan membatalkan semua penerbangan antara Kuala Lumpur dan Denpasar-Bali, pada 27 November 2017 susulan ledakan Gunung Agung.
 
Penumpang sudah dimaklumkan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS), petang semalam dan nasihat penerbangan juga dimasukkan ke dalam laman web, Facebook dan Twitter Malaysia Airlines.

Agensi Bencana Indonesia berkata, pihaknya menaikkan amaran tahap tertinggi dan mengarahkan penduduk yang berada dalam lingkungan 8 hingga 10 kilometer di sekeliling kawasan berkenaan supaya berpindah dengan segera.
 
"Debu dan letupan perlahan yang kadang-kadang dapat didengari pada jarak 12 kilometer dari puncak. Api dapat dilihat pada waktu malam yang menunjukkan kemungkinan letupan berlaku pada bila-bila masa," katanya dalam kenyataan.
 
"Dengan jangkaan kemungkinan dan risiko bencana Pusat Gunung Berapi dan Pencegahan Bahaya Geologi (PVMBG) menaikkan amaran dari tiga kepada empat bermula jam 6 pagi pada waktu tempatan," katanya.-27/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1096  tetamu dalam talian