25Mei2017

Erdogan menang pungutan suara tambah kuasa Presiden

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menang dalam pungutan suara bersejarah kelmarin yang membolehkan beliau mengukuhkan kuasanya.

Kempen ‘Ya’ memenangi 51.4 peratus undi berbanding 48.6 peratus yang mengundi ‘Tidak’, demikian kata suruhanjaya pilihan raya berdasarkan pengiraan 99.5 peratus kertas undi.

Pungutan suara itu diadakan di bawah undang-undang darurat yang menyaksikan 47,000 orang ditangkap dalam operasi pembersihan selepas cubaan rampasan kuasa terhadap Erdogan pada Julai tahun 2016.

Ketua Majlis Agung Pilihan Raya, Sadi Guven mengesahkan kemenangan kem ‘Ya’ tetapi pihak pembangkang berjanji akan mencabar keputusan itu.

“Kami meminta negara dan institusi lain menghormati keputusan rakyat (Turki),” kata Erdogan.

“Keputusan ini dibuat oleh rakyat. Demokrasi Turki membuka lembaran baharu,” kata Perdana Menteri, Binali Yildirim pula.

Namun, ketua Parti Rakyat Republik (CHP), Kemal Kilicdaroglu berkata, pihaknya mempersoalkan keputusan referendum tersebut.

“Percayalah, referendum ini belum berakhir. Kami mengisytiharkan keputusan ini tidak sah,” kata penolong ketua CHP, Erdal Aksunger kepada saluran berita CNN Turk . Pembangkang mahu undi referendum itu dikira semula.

Kem ‘Tidak’ mencatat kemenangan di tiga bandar terbesar di Turki, manakala corak pengundian menunjukkan rakyat berpecah belah berhubung usul rombakan perlembagaan yang akan mengukuhkan lagi kuasa Presiden.

Di bawah rombakan perlembagaan itu, Turki akan menggunakan sistem pemerintahan Presiden seperti Amerika Syarikat.

Presiden Turki kelak akan menjadi lebih berkuasa berbanding pemimpin terdahulu termasuk pengasas negara Turki, Mustafa Kamal Ataturk.-18/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 1209  tetamu dalam talian