18Julai2018

Bunuh Rohingya: Tujuh tentera Myanmar dipenjara 10 tahun

Tujuh askar Myanmar dijatuhkan hukuman penjara kerana disabitkan bersalah membunuh 10 lelaki Rohingya, menurut satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook oleh panglima tentera negara itu Rabu.

Insiden berdarah di kampung Inn Din pada 2 September lalu merupakan satu-satunya kekejaman yang diakui dilakukan pihak junta dalam kekerasan yang berlaku di utara negeri Rakhine yang memaksa 700,000 Rohingya menyeberangi sempadan Bangladesh sejak Ogos tahun lalu.

Dua wartawan Reuters warga Myanmar, Wa Lone, 31 dan Kyaw Soe Oo, 27, yang menyiasat pembunuhan tersebut ditahan pada Disember lalu di luar Yangon kerana mendedahkan dokumen sulit dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun sekiranya didapati bersalah.

Sebulan selepas mereka ditahan, pihak tentera mengeluarkan kenyataan dalam satu pengakuan yang jarang-jarang dilakukan mengatakan salah laku pasukan keselamatan yang terlibat dalam pembunuhan tersebut dan berjanji mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Empat pegawai dipecat daripada pasukan tentera dan dikenakan hukuman 10 tahun penjara dan kerja berat. Tiga lagi askar turut disingkirkan dan dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara dengan kerja berat di sebuah penjara,” kata kenyataan tersebut.-12/4/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 495  tetamu dalam talian