19Ogos2018

ASEAN bimbang aktiviti tebus tanah China

Aktiviti pe­nebusan tanah yang berterusan di Laut China Selatan oleh China berisiko menghakis kepercayaan dalam kalangan negara tuntutan bertindih dan boleh memburukkan ketegangan serantau, kata menteri-menteri luar Asia Tenggara semalam.

Menteri 10 anggota Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) itu bagaimanapun tidak menyebut nama China dalam ke­nyataan mereka selepas bermesyuarat sehari di Singapura, pengerusi semasa ASEAN.

Beijing menuntut hampir ke­seluruhan laluan laut itu dan telah menukar terumbu karang serta pulau kecil menjadi pulau. Ia juga menempatkan fasiliti dan peralatan tentera di pulau-pulau buatan manusia tersebut.

Anggota ASEAN terdiri daripada Malaysia, Brunei, Filipina dan Vietnam selain Taiwan turut membuat tuntutan di Laut China Selatan.

“Menteri-menteri (ASEAN) mengambil perhatian berhubung kebimbangan yang disuarakan oleh beberapa menterinya mengenai aktiviti penebusan tanah di kawasan tersebut yang telah menghakis kepercayaan dan keyakinan, me­ningkatkan ketegangan serta menjejaskan keamanan, keselamatan dan keselamat­an serantau,” kata Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dalam satu kenya­taan.

Pada Disember tahun lalu, China mempertahankan kerja pembinaan di pulau-pulau pertikaian itu sebagai ‘biasa’ selepas sebuah kumpulan pemikir Amerika Syarikat menyiarkan beberapa imej satelit menunjukkan penempatan radar dan peralatan lain.

Susulan pertemuan dengan ASEAN pada tahun lalu, China bersetuju untuk memulakan rundingan mengenai kod tata laku di Laut China Selatan yang telah tergendala. Bala­krishnan bagaimanapun menyifatkan runding­an itu sebagai ‘rumit’.

“(Isu) tuntutan bertindih tidak akan selesai hanya kerana anda mempunyai kod tata laku,” katanya.

Beliau menambah, menteri-menteri Luar ASEAN juga diberikan taklimat mengenai situasi kemanusiaan di Nege­ri Rakhine tetapi berdiam diri berhubung dakwaan tentera Myanmar melakukan penghapusan etnik.

Mereka sebaliknya berikrar akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan Naypyidaw.

Dalam pada itu, menteri-menteri pertahanan ASEAN turut bermesyuarat di pulau itu semalam termasuk sesi khas bersama Menteri Pertahanan China, Chang Wanquan.-7/2/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 494  tetamu dalam talian