25September2017

Anies atau Ahok: Jakarta pilih siapa...?

Pusingan kedua pilihan raya Ketua Daerah bagi memilih Gabenor Jakarta pada Rabu ini dilihat mendedahkan kota raya terbabit kepada ketegangan politik dan agama.

Berdasarkan tinjauan umum, penyandang Gabenor, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, seorang penganut Kristian keturunan Cina, menghampiri jumlah undian yang diperoleh bekas Menteri Pendidikan, Anies Baswedan.

Ahok ketika ini berdepan perbicaraan kerana menghina agama semasa kempen pilihan raya yang menyaksikan tunjuk perasaan besar-besaran oleh umat Islam dan didakwa merancang menggulingkan Presiden Joko Widodo.

Malah, pilihan raya itu dianggap sebagai satu pilihan logik menjelang pilihan raya Presiden 2019 antara kumpulan yang mengamalkan dasar sekular pasca Perang Dunia Kedua dan kumpulan fanatik Islam yang semakin kuat sejak beberapa tahun lalu.

Seorang penganalisis politik, Wimar Witoelar berkata, pilihan raya itu adalah satu kes ujian untuk pluralisme di Indonesia dan sama ada dapat bertahan daripada tekanan kumpulan agama yang populis.

Tinjauan oleh firma Indikator menunjukkan, Anies mendahului sokongan undian dengan 48.2 peratus diikuti Ahok 47.4 peratus manakala 4.4 peratus lagi berkecuali.-17/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 839  tetamu dalam talian