Sab05252013

Kemaskini terakhir05:20:42 PM GMT

Back Arkib Arkib Agenda Daily Rencana Luar Negara Amerika tuduh unit rahsia tentera Chia jadi penggodam

Amerika tuduh unit rahsia tentera Chia jadi penggodam

  • PDF

hackers440Sebuah unit rahsia tentera China dipercayai menjadi dalang di sebalik beberapa siri serangan aktif penggodaman, kata syarikat keselamatan komputer Amerika Syarikat, semalam.

Kenyataan itu bertentangan dengan dakwaan kerajaan China tidak terbabit dengan sebarang operasi berkenaan.

Laporan oleh Mandiant mengenal pasti Unit 61398 tentera Pembebasan Rakyat Shanghai menjadi dalang di sebalik serangan itu.

Mandiant berkata, ia percaya unit terbabit melakukan serangan berterusan terhadap sebilangan besar industri.

“Fitrah tugasan ‘Unit 61398’ dianggap China sebagai rahsia negara. Bagaimanapun, kami percaya ia terbabit dengan “Operasi Rangkaian Komputer” yang berbahaya,” kata Mandiant dalam laporan dikeluarkannya di AS semalam.

“Sudah tiba masanya untuk memaklumkan ancaman yang berasal dari China dan kami mahu memainkan peranan mempersiapkan kakitangan keselamatan melawan ancaman itu secara efektif,” katanya.

China sebelum ini pernah menafikan bahawa tenteranya menggodam laman web kerajaan asing dan menyifatkan tuduhan itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan berniat jahat.

China menafikan laporan beberapa akhbar British dan Jerman bahawa Tentera Pembebasan Rakyat telah menggodam laman web di Amerika, Britain dan Jerman.

Akhbar Financial Times memetik kenyataan beberapa pegawai yang mendakwa bahawa PLA telah menggodam sistem Pentagon hingga memaksa sistem komputer yang digunakan oleh Pejabat Setiausaha Pertahanan Robert Gates, ditutup.

Akhbar The Guardian juga memetik kenyataan beberapa pegawai bahawa rangkaian komputer di Parlimen British, Pejabat Luar dan Kementerian Pertahanan telah diceroboh.

Akhbar rasmi China Daily memetik seorang pakar tentera terkenal China sebagai berkata bahawa tuduhan itu mempunyai kaitan dengan teori ancaman China yang direka oleh sesetengah pihak.

"China negara yang bertanggungjawab dan kami tidak pernah melakukan perbuatan keji ini. Malah, China tidak pernah mempunyai apa yang dikenali sebagai penggodam dalam kalangan anggota tenteranya," kata Pengarah Institut Kajian Strategik, Universiti Pertahanan Nasional China, dalam satu laporan.-20/2/2013


IKLAN

TERHANGAT DIPASARAN, PANGGILAN BIJAK DI DUNIA TELEKOMUNIKASI!!!

ISTERI SUKA SUAMI TAHAN LAMA!!

www.agendadaily.com.

Jom!Pusat Memancing UdangGalah Tuah.

Inginkan perfume original sila lawat dan like XINXARA.

Iklankan Perniagaan/produk anda disini. Hubungi kami disini.