18Jun2018

Amerika anggap Myanmar lakukan “penghapusan etnik”

Akhirnya... Amerika Syarikat (AS) menganggap tindakan ketenteraan Myanmar ke atas penduduk Rohingya sebagai “penghapusan etnik” dan negara kuasa dunia itu akan mengenakan tindakan sekatan terhadap pihak terbabit.

Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson menganggap tindakan itu sebagai kekejaman yang dahsyat.

"Selepas analisis secara berhati-hati terhadap fakta yang ada, ia jelas situasi di utara Rakhine sebagai penghapusan etnik terhadap Rohingya,” kata Tillerson dalam kenyataan pada Rabu.

Ini akan mengubah persepsi dunia terhadap Rohingya dan Myanmar akan berdepan lebih banyak tekanan untuk meneruskan dasar kejam mereka.

Sebelum ini, pertubuhan hak asasi manusia Amnesty International (AI) mengeluarkan kenyataan bahawa kekejaman Myanmar terhadap masyarakat Rohingya menyamai dasar aparteid.

Laporan AI yang disiarkan kelmarin menjelaskan mengenai penganiayaan selama berapa tahun yang menimpa etnik Rohingya.

Kempen ‘tajaan kerajaan’ telah mengehadkan hampir semua aspek kehidupan penduduk Rohingya, kata kajian AI itu berkaitan negara majoriti Buddha tersebut.

Laporan 100 halaman berdasarkan kajian selama dua tahun menyebut kawalan itu setaraf dengan ‘jenayah kemanusiaan aparteid’.

“Negeri Rakhine adalah sebuah lokasi jenayah. Kes ini berlaku sebelum kempen keganasan ketenteraan tiga bulan lalu,” kata Pengarah Kanan Kajian AI, Anna Neistat.

Pihak berkuasa Myanmar ‘menyebabkan wanita, lelaki dan kanak-kanak Rohingya terasing dan takut dalam sistem aparteid yang tidak berperikemanusiaan,” tambahnya.

Perbincangan berkaitan penyebaran kebencian terhadap masyarakat Islam itu wujud daripada undang-undang Kewarganegaraan 1982 yang menimbulkan perbalahan.

Undang-undang yang ditetapkan oleh junta ketika itu telah menyebabkan beratus-ratus ribu Rohingya tiada kerakyatan.

Sejak itu, AI berkata, satu kempen mempertimbangkan perkara itu telah dilancarkan untuk menghapuskan hak Rohingya tinggal di Myanmar dengan mereka digelar sebagai Bangali atau pendatang tanpa izin dari Bangladesh.-23/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 688  tetamu dalam talian