23November2017

Alibaba catat jualan lebih AS$25 bilion

Pembeli online di China membelanjakan lebih AS$25 bilion (RM104 bilion) sekali gus rekod baharu semasa promosi Hari Bujang tahun ini yang dikendalikan gergasi e-dagang, Alibaba, meningkat hampir 40 peratus berbanding tahun lalu.

Alibaba berkata, sebanyak 256,000 pembayaran sesaat diproses pada waktu puncak promosi itu kelmarin, manakala lebih 90 peratus pembelian dibuat melalui telefon bimbit.

Jualan kasar ekstravaganza tahunan dikenali sebagai ‘11 Berganda’ bagi mewakili tarikh 11 November itu mencecah AS$25.3 bilion (RM105.9 bilion), kata Alibaba dalam satu kenyataan di laman webnya.

Angka itu mewakili jualan yang diproses menggunakan sistem pembayaran online Alibaba, Alipay.

Jumlah jualan keseluruhan pada hari berkenaan meningkat 39 peratus berbanding perolehan AS$17.8 bilion (RM74.5 bilion) tahun lalu.

Rekod jualan pada 2016 tersebut dipadamkan dalam tempoh kurang 14 jam.

Agensi berita rasmi China, Xinhua melaporkan bahawa lebih 140,000 jenama luar negara turut menyertai promosi jualan Hari Bujang pada tahun ini.-13/11/2017

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 657  tetamu dalam talian