25September2017

Ahok gagal pertahan jawatan Gabenor Jakarta

Bekas menteri pelajaran Indonesia, Anies Baswedan memenangi pilihan raya Gabenor Jakarta, hari ini mengalahkan penyandang jawatan itu, Basuki Tjahaja Purnama atau lebih dikenali sebagai Ahok, berdasarkan pengiraan tidak rasmi.

Anies memenangi persaingan itu dengan meraih 58 peratus undi berbanding 42 peratus yang diperoleh Ahok, berdasarkan pengiraan tidak rasmi oleh Indikator Politik.

Beberapa kiraan oleh agensi lain juga menunjukkan keputusan hampir sama.

Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia hanya akan mengumumkan keputusan rasmi pada awal Mei.

Sementara itu, Ahok yang akan memegang jawatan itu selama enam bulan lagi, mengucapkan tahniah kepada Anies di satu sidang akhbar.

“Kami mempunyai enam bulan lagi untuk bekerja sehingga gabenor baru dilantik secara rasmi. Kami akan selesaikan tugas kami. Kami berharap semua pihak boleh melupakan tempoh berkempen,” katanya.

Dia yang menghadapi tuduhan menghina Islam berdepan hukuman penjara lima tahun jika didapati bersalah. Perbicaraannya bersambung hari ini.-20/4/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 906  tetamu dalam talian