11Disember2018

Ahok cerai isteri dari penjara...

Orang kanan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) yang juga mantan gabenor Jakarta, Basuki “Ahok” Tjahaja Purnama memfailkan perceraian terhadap isterinya, Veronica Tan, pada Isnin.

Ahok kini sedang menjalani hukuman penjara selama dua tahun kerana bersalah menghina agama Islam.

Pengesahan itu dibuat susulan tersebarnya sebuah foto di alam maya yang menunjukkan petisyen perceraian oleh Ahok yang diserahkan pada Ahad lalu kepada Mahkamah Daerah Jakarta Utara.

“Kami boleh sahkan bahawa Pak Ahok telah memfailkan perceraian keatas Ibu Veronica,” kata peguam Ahok, Josefina Agatha Syukur kepada laman web kompas.com.

Ahok juga dilaporkan memfailkan permohonan hak penjagaan anak-anak mereka.

Bagaimanapun, Josefina enggan memberi sebarang komen terhadap punca sebenar petisyen cerai tersebut, dengan mengatakan bahawa ianya bersifat peribadi dan tidak boleh dikongsikan kepada umum, selain mendedahkan bahawa perbicaraan cerai antara Ahok dan Veronica tidak akan dibuka kepada orang ramai.

Berita ini ternyata mengejutkan ramai di republik tersebut, kerana hanya bulan lalu Veronica telah meninggalkan ucapan selamat hari lahir di dalam Instagram rasmi suaminya itu.-9/1/2018

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Kami mempunyai 323  tetamu dalam talian