21September2017

Abu Bakr al-Baghdadi sudah mati...

Ketua kumpulan Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi dilaporkan sudah meninggal dunia, sehari selepas Iraq mengisytiharkan ia telah mengusir militan itu dari kubu kuat mereka di bandar Mosul.

Kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang memantau konflik di Syria berkata, pihaknya mendengar berita daripada pemimpin-pemimpin kanan Daesh bahawa Abu Bakr telah meninggal dunia.

Ketua SOHR, Rami Abdel Rahman memberitahu bahawa seorang pemimpin kanan Daesh di wilayah Deir Ezzor mengesahkan kematian Abu Bakr.

“Kami mengetahui berita itu hari ini (kelmarin) tetapi kami tidak mengetahui bila dan bagaimana dia meninggal dunia,” katanya.

Laporan itu belum dapat disahkan berikutan Abu Bakr sudah beberapa kali dilaporkan terbunuh sebelum ini.

Pakatan tentera yang diketuai Amerika Syarikat (AS) di Iraq dan Syria berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan maklumat itu.

“Saya tidak mempunyai sebarang petunjuk mengenai status kematian Abu Bakr. Kami berharap kematiannya adalah benar dan sekiranya tidak, kami akan menjalankan siasatan un­tuk mengetahui di mana dia berada,” kata pegawai tentera AS, Leftenan Jeneral Stephen Townsend.

Deir Ezzor yang terletak di timur Syria masih ditawan Daesh tetapi kumpulan militan itu hilang penguasaannya di tempat-tempat lain di Syria dan Iraq.

Sekiranya laporan itu dapat disahkan, kematian Abu Bakr memberikan satu lagi tamparan hebat kepada Daesh selepas kegagalan militan itu mempertahankan Mosul.

Pada Isnin lalu Perdana Menteri Iraq, Haider al-Abadi mengisytiharkan bahawa tentera negara itu berjaya merampas semula Mosul daripada kumpulan Daesh selepas bertempur selama beberapa bulan.-13/7/2017


loading...
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
AgendaDaily.com adalah sebuah portal surat khabar elektronik yang menyalurkan maklumat terus ke skrin komputer anda dalam bentuk berita, analisis berita, laporan khas, fokus, komentar, wawancara dan segala macam yang ingin diketahui mengenai berbagai-bagai perkembangan hal ehwal semasa negara dan juga luar negara.

Bahasa Melayu

English

  • Domestic
  • Overseas
  • Entertaiment
  • Politics

Kami mempunyai 797  tetamu dalam talian